![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tuesday, September 8, 2009 SHALAT RAWATIB DAN WITIR Dianjurkan bagi setiap muslim dan muslimah untuk mengerjakan shalat sunnah sebanyak 4 raka'at sebelum shalat Zhuhur dan 2 raka'at sesudahnya[33]; 2 raka'at sesudah shalat Maghrib[34];2 raka'at sesudah shalat Isya'[35];dan 2 raka'at sebelum shalat Shubuh[36]. Semuanya berjumlah 12 raka'at, dan shalat ini dinamakan dengan shalat sunnah Rawatib. Hal ini disunnahkan kerana Nabi s.a.w selalu menerjakannya jika beliau dalam keadaan mukim/tidak sedang safar(bepergian). 33. HR Bukhari dalam Shahihnya [1/396/1127] 34. HR Bukhari dalam Shahinya [1/317/895] 35. HR Bukhari dalam Shahinya [1/317/895] dan Tirmidzi dalam Sunannya [2/299/436] 36. HR Muslim dalam Shahihnya [1/501/724] Adapun ketika sedang safar, biasanya Nabi s.a.w tidak mengerjakannya shalat-shalat sunnah ini kecuali Rawatib sebelum shalat Shubuh(Qabliyyah Shubuh) dan shalat Witir. Dengan kata lain, Nabi s.a.w mengerjakan kuda shalat ini baik ketika sedang mukim mahupun ketika sedang safar, sementara Nabi s.a.w meupakan sosok uwah hasanah (suri tauladan yang baik) bagi kita sebagaimana ALLAH berfirman: ...لقد كان لكم في رسول الله اسوة حسنة "Sesungguhnya telah ada pada (diri) RasuluLLAH itu suri teladan yang baik bagimu....." (QS. Al-Ahzaab) [I'll continue the rest in the next post, insyaALLAH] زليخا blogged at 3:40:00 PM
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |