![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Saturday, September 5, 2009 Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah KitabuLLAH(al Quran). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakakan dan semua yang diada-adakan adalah bid'ah. Semua bid'ah adalah sesat dan semua yang sesat tanpa kembalinya adalah neraka. Jika kita melihat keadaan umat Islam pada akhir zaman ini, kita dapati mereka semakin tidak sensitif dengan isu bid'ah. BAGI MEREKA,GOLONGAN YANG GEMAR MEMBINCANGKAN ISU BID'AH INI ADALAH GOLONGAN YANG SUKA MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM, MENIMBULKIAN KEKELIRUAN DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT SERTA GEMAR MEMBANGKITKAN ISU-ISU KECIL(FURU') Rasulullah s.a.w pernah bersabda: {من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد} {Siapa yang melaksanakan amalan yang bukan dari ajaran kami maka ianya tertolak} Hadith ini jelas menunjukkan bahawasanya amalan yang tidak masyru' dalam Islam maka ianya tertolak. Allah s.w.t berfirman: {اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الاسلام دينا} Ayat ini menunjukkan bahawasanya agama itu sudah sempurna dan tidak perlu pada tambahan. Maka siapa yang mengatakan bahawasanya bid'ah hasanah itu boleh dilakukan, maka sesungguhnya dia telah mengatakan bahawasanya baginda telah mengkhianati pengutusannya untuk menyampaikan agama kerana dia seakan-akan mengatakan bahawa baginda tidak menyempurnakan penyampaian agamanya. Jelas bahawasanya bid'ah itu adalah sesuatu perkara yang direka-reka dalam agama. Sama ada pada aqidah ataupun ibadah. Maka benda-benda yang dicipta sekarang seperti telefon bimbit itu semua bukanlah bid'ah. Jika kita katakan perkara-perkara yang dilihat baik itu boleh dilakukan, bolehkah kita solat zohor lima rakaat? Bukankah itu semua perkara yang baik? WaLLAHu ta'ala 'alam..... زليخا blogged at 4:50:00 PM
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |