![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Monday, September 7, 2009 Definasi bid'ah. Bid'ah dari segi bahasa berkamsud melakukan atau mencipta sesuatu yang bau tanpa merujuk kepada sebarang contoh. Dari definasi ini dapat kita fahami bahawa skop bid'ah adalah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama sahaja. Oleh itu, apa jua bentuk rekaan terkini dalam hal kehidupan duniawi tidak termasuk dalam ruang lingkup perbahasan bid'ah secara syarie. Ini adalah kerana terdapat dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam untuk terlibat dalam usaha mencipta rekaan-rekaan yang terkini demi kemajuan mereka. Dalam hal ehwal dunia, manusia memiliki kebebasan untuk melakukan inovasi yang termoden asalkan ia tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai seta tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai serta tidak bertentangan dengan syariah. Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda, yang membawa bermaksud: "Kamu lebih tahu hal ehwal duniawi kamu." -Hadis riwayat Muslim. Menurut Aisyah r.a,Nabi s.a.w bersabda, yang membawa maksud: "Jika sesuatu itu termasuk urusan dunia kamu, maka uruslah ia. Jika ia merupakan urusan agama kamu, maka rujuklah kepadaku." -Hadis sahih riwayat Ibn Majah. Bid'ah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual agama atau ibadah baru yang tidak pernah diajar atau diamalakan oleh RasuluLLAH s.a.w. Semua bid'ah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan perbuatan mengamalkannya adalah sia-sia kerana ianya tidak diterima oleh ALLAH S.W.T Menurut 'Irbadh bin Sariyah: "Rasulullah mengimami kami solat subuh, kemudian baginda berpaling ke belakang menghadap kami, lalu baginda menasihati kami dengan nasihat yang sangat mendalam sehingga menitiskan air mata dan menusuk hati. Kami berkata: Wahai Rasulullah, nampaknya ini seperti nasihat perpisahan, berwasiatlah kepada kami. Baginda pun bersabda: (maksudnya): "Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada ALLAH, taat dan patuh(kepada pemimpin), walaupun pemimpin kamu seorang hamba abdi berkulit hitam. Sesiapa di antara kamu yang masih hidup setelah ketiadaanku, dia akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu, kamu hendaklah berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidun yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham(iaitu berpaganglah dengan kuat). Kamu hendaklah menjauhi perkara-perkara yang baru, kerana setiap perkara baru itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat." -Hadis sahih riwayat Abu Daud. "Dan setiap yang sesat tanpa kembalinya ke neraka" This is all I can post for now, next time for the rest, InsyaALLAH. WALLAHu ta'ala 'alam. زليخا blogged at 11:36:00 AM
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |