![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Thursday, June 25, 2009 Assalamu'alaikum wr.wb, Persoalan mengenai muzik bukanlah perkara baru dalam Islam. Ia telah disebut sejak zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam lagi. Muzik merupakan sebahagian daripada seni dalam kehidupan manusia. Apakah sikap Islam terhadap cabang seni ini? Sebenarnya Islam telah menggariskan dasar-dasarnya berhubung dengan hukum muzik dan alat-alatnya. Apakah dasar-dasar Islam itu? - - - - - - - - - - Muzik ialah gubahan bunyi yanng menghasilkan bentuk dan irama yang indah, yang menyenangkan. Perkataan 'muzik' berasal daripada bahasa Yunani daripada kata 'Mousike' yang diambil daripada nama dewa atau tuhan Yunani kuno yang bernama Mouse, yang mengikut kepercayaan mereka adalah tuhan mereka yang mengetuai bidang seni dan ilmu. Muzik tidak boleh lari daripada alat-alatnya kerana daripada alat-alat inilah timbul alunan bunyi irama yang disebutkan di atas, sama ada ia berbentuk: (i) Yang dipukul atau dipal seperti gendang, rebana dan lain-lain. (ii) Yang ditiup seperti gendang seruling, serunai, trompet dan lain-lain. (iii) Yang dipetik seperti kecapi, gambus, gitar, biola dan lain-lain. - - - - - - - - - Kedudukan hukum mmuzik itu akan tergantung kepada apa jenis alat dan penggunaannya kerana ada di antaranya (alat) yang diharamkan oleh syara' dan ada pula tidak. Jadinya kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-parkara berikut: (i) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syara'. maka kedudukan muziik itu adalah haram. (ii) Menggunakan alat muzik yang diharuskan oleh syara', maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewakti pernikahan. (iii) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian cinta asmara, bercampur lelaki dan perempuan[suara perempuan yang bernyanyi; hukum haram(melainkan depan mahram; seperti abg, ayah)] disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulama telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara', ialah sebagaimana dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam seperti berikut. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu 'anhu telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, yang bermaksud : "Bahawa Allah 'Azza wa Jalla telah membangkitkan sayan menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memrintahkan saya menghapuskan alat ma'azik(alat muzik buyian) dan alat-alat mazamir(seperti seruling) dan alat-alat awtar(bunyi-buyian bertali), salib(cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan denngan kemuliaanNya." "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma'azif(alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram." "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah(sejenis gendang)dan ma'azif. "Satu kumpulan daripada umatku pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi, sahabat-sahabat berkata: "Ya Rasulullah, adakah, mereka itu orang-orang Islam?" Sabda Baginda: "Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadat dan mereka mengerjakan puasa" Kata sahabat-sahabat: "Mengapa mereka jadi bergini Ya Rasulullah?" Sabda Baginda: "Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyi-buyian dan penyani-penyanyi wanita dan dengan rebana dan mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh-rendah mereka, maka pada hari hari, mereka telah ditukarkan rupa(menjadi monyet dan babi) WALLAHu ta'ala 'alam. AlhamduliLLAH, after doing some 'researchings' about music, I hope these facts gave you a little much more idea.. The sayings and sentence structuring ai'nt that difficult to understand right? You are welcomed to tag me on anything. ..Be it opinions, questions(InsyaALLAH I'll try to handle on that), advices etc.. I'm just a normal human being who constantly makes mistakes, be it with/without knowing it. May ALLAH protect us from the bad things and from the whisperings of Syaitan. Nau'dzubiLLAH. Assalamu'alaikum. زليخا blogged at 4:59:00 PM
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |